Mendidik anak zaman moden adalah cabaran yang terkini. Ianya terbahagi dalam dua bahagian iaitu cabaran luaran dan cabaran dalaman. Cabaran dalaman merangkumi internet, muzik, TV dan pengaruh budaya barat yang negatif. Cabaran luaran pula merangkumi pengaruh rakan-rakan sekolah dan juga rakan sebaya di kawasan rumah. Tugas mendidik dan membesarkan anak supaya anak menjadi anak yang cemerlang tidak susah jika tahu cara-caranya. Ianya telah terbukti berkesan dan berjaya.

Sebagai ibubapa, mereka semestinya mahu anak berjaya dan mendapat keputusan peperiksaan terbaik. Semua ibubapa mahukan keputusan peperiksaan cemerlang, terpuji dan semua mata pelajaran anaknya mendapat 'A'. Ibubapa akan berasa segala usaha mereka dalam mendidik dan membesarkan anak mereka berbaloi dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang ini. Untuk menjadi pelajar superstar yang cemerlang kini bukan lagi satu rahsia kerana kami ingin berkongsi pengetahuan, pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak bagaimana menjadi pelajar cemerlang. Dan pelajar cemerlang ini akan lahir dari sikap ibubapa yang prihatin.


Seminar Ibubapa Prihatin Anak Cemerlang (iPAC)
kini kembali lagi. Seminar yang akan mendidik anak-anak ke arah kejayaan, melahirkan generasi yang cemerlang dan juga pelajar superstar. Ibubapa juga akan akan diberi tunjuk ajar bagaimana menjadi motivator di rumah, bagaimana menjadi ibubapa yang lebih prihatin, dan banyak lagi di dalam seminar ini.

Dua ikon motivasi terkenal iaitu Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah (pakar motivasi kekeluargaan) dan juga Dr Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad (pakar motivasi pelajar) digabungkan dan digandingkan dengan beberapa selebriti istimewa di bawah satu bumbung di atas satu pentas!!!

Kalau hendak tahu lebih lanjut, sila teruskan membaca. Namun jika anda rasa anda sudah cukup berpengetahuan, kami ucapkan terima kasih kerana sudi membaca sehingga di sini.

 

Soalan untuk ibubapa

ADAKAH ANDA IBUBAPA YANG PRIHATIN?

Mengapa ada benteng komunikasi antara anda dan anak-anak yang kian meningkat remaja?

Mengapa anda tidak tahu apa yang dilakukan oleh anak-anak ketika anda tiada di rumah?

Sejauh mana mengetahui perangai dan aktiviti anak anda di sekolah?

Ada anak yang mendengar kata dan juga mengikut segala apa yang anda suruh, tapi ada kalanya mereka melawan balik? Adakah tindakan anda betul apabila mereka melawan balik. Adakah komunikasi anda efektif supaya mereka mendengar kata?

Bagaimana anda mengubah sikap negatif anak-anak menjadi positif?

Adakah anda tahu dengan cara yang betul, anak-anak boleh belajar dengan lebih tekun? Dan bagaimanakah untuk membentuk anak-anak berperibadi tinggi?

 




Soalan untuk adik-adik

ADAKAH ANDA PELAJAR SUPERSTAR?

Bagaimana adik menjadi murid superstar di sekolah dan di rumah?

Betulkah teknik dan gaya pembelajaran yang adik-adik gunakan semasa belajar di sekolah dan di rumah?

Adakah adik-adik berasa bosan, terkongkong dan juga tertekan apabila belajar dan mentelaah?

Apakah rahsia dan tips untuk adik-adik berjaya di dalam pelajaran?

Bagaimanakah caranya untuk adik-adik menjadi seorang yang berwawasan, berdisiplin dan juga membentuk sahsiah diri yang mantap? Tahukah adik-adik pepatah “hendak seribu daya” itu sebenarnya boleh dicapai dengan ikhtizam diri yang kuat?

Kenapa adik silap faham bila ibu atau ayah membebel dan berasa terkongkong bila mereka menegur adik-adik?



Jawapannya

Kami membawa kepada anda dua motivator terkenal Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan Dr Haji Tengku Asmadi.

Biar Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah mencungkil potensi anda sebagai motivator anak-anak di rumah. Selama ini mungkin cara anda membimbing dan mendidik anak kurang efektif kerana teknik digunakan adalah salah. “Mak ayah aku didik aku macam ni, jadi macam ni jugalah aku didik anak-anak aku,” adalah frasa sering kita dengar. Dek kerana perubahaan sosial, teknologi dan juga globasisasi, cara begitu mungkin tidak berapa relevan lagi.

Dr. Haji Tengku Asmadi pula akan menukar adik-adik untuk menjadi insan superstar melalui proses transformasi dua hari ini. Cuma adik-adik perlu mengenal pasti potensi dan kunci yang dapat membuka segala rahsia menjadi insan berguna kepada bangsa, agama dan negara. Dan adik-adik juga akan menjadi anak-anak soleh dan solehah selepas ini.

Kami yakin ibubapa akan dapat melihat perubahan yang bakal dialami oleh anak masing-masing selepas seminar dua hari ini.

Kami juga yakin para ibu dan bapa akan menjadi motivator sebenar di rumah dan sepanjang masa untuk anak-anak.



Faedahnya...

Selepas seminar yang dianjurkan kami, para ibu dan bapa mempunyai kemahiran untuk:

  • Melahirkan anak yang mempunyai benteng diri yang kuat.
  • Menggilap ciri-ciri kepimpinan dalam diri anak.
  • Membentuk semangat kerjasama dan semangat berpasukan di kalangan anak-anak.
  • Menyedarkan anak memahami kekuatan dan kehebatan diri untuk dimanafaatkan dalam kehidupan seharian.
  • Membimbing anak menghayati erti Iman, Islam dan Ihsan.
  • Ibubapa dapat menjadi pendorong semangat anak menerusi teknik dan cara yang betul.


Manakala anak-anak pula akan berkemahiran untuk

  • Memotivasikan diri mereka sendiri dari semasa ke semasa.
  • Dapat mendengar dan mengikut kata ibubapa.
  • Menjadi pelajar superstar di sekolah dan di rumah.


Untuk ibubapa dan anak-anak pula, mereka berpeluang untuk:-

  • Mendapat petua dan tips untuk pelajar dan ibubapa.
  • Merapatkan pertalian sillaturahim antara umat Islam.
  • Berpeluang beramah mesra dengan dua ikon motivasi negara. Dua ikon dengan satu harga sahaja.
  • Anak-anak cemerlang yang belum dicungkil kecerdasan pelbagainya melalui ujian psikometri yang diberikan PERCUMA!
  • Langganan sistem pembelajaran dalam talian yang komprehensif, Tutor Online.

 




Apakah Sistem Pembelajaran dalam talian Tutor Online?

Setiap pelajar mempunyai tahap menerima pembelajaran yang berbeza, oleh itu tiada satu pun kaedah khusus yang boleh digunakan ke atas semua pelajar.

Bayangkan jika pelajar diberi peluang untuk belajar melalui suatu kaedah pembelajaran yang fleksibel dan boleh disesuaikan dengan tahap penerimaan pelajar sendiri. Sudah pasti pelajar tersebut berjaya mengatasi masalah utama pembelajaran mereka.

Internet merupakan medium yang amat digemari oleh golongan muda sekarang kerana terdapat pelbagai informasi terkini yang diberikan. Ramai yang menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer untuk chatting, melayari laman web yang tidak berfaedah dan menghantar dan membaca emel. Malangnya tidak banyak informasi bercorak pembelajaran diberikan di Malaysia.


Apa itu Ujian Psikometri?

Psikometri adalah bidang kajian yang berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi, termasuk pengukuran pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pengukuran pendidikan. Bidang terutamanya berkenaan dengan pembinaan dan pengesahan instrumen pengukuran seperti soal selidik, ujian dan penilaian personaliti. Ia juga digunakan untuk pemprofilan kognitif (Cognitive Profiling).

Pelantar pemprofilan kognitif ini adalah ujian psikometri dalam talian yang akan diambl oleh pelajar untuk:-

  • Mengenal pasti Kecerdasan Pelbagai (Multiple Iintelligence) setiap pelajar.
  • Membezakan Pelbagai Gaya Pembelajaran (Various Learning Styles) setiap pelajar.


Itu antara beberapa faedah yang boleh dinikmati di sana dan banyak lagi faedah dan juga pengalaman yang tidak mungkin dapat dialami di tempat lain. Jom berhibur sambil belajar. Rasailah perbezaannya.



Untuk Siapa?

Seminar iPAC ini terbuka kepada SEMUA pelajar dari Tahun 4 hingga ke Tingkatan 5. Penyertaan PERCUMA untuk ibubapa pelajar !!!


Bila dan Di Mana?

Kursus ini dijalankan pada 29 & 30 Disember 2012 (2 hari) di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Perlukan pandu arah? Sila klik di sini!!!


Kongsi artikel ini bersama kenalan anda!

By A Web Design

 

 

Andalah VIP Kami

Sertai Seminar iPAC (Ibu bapa Prihatin Anak Cemerlang) yang akan diadakan pada 29 - 30 Disember 2012 di Pusat Kebudayaan & Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia. Program motivasi ini menggabungkan Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad bersama Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzillah Kamsah. Ia merangkumi Motivasi Pelajar Superstar, Motivasi Keibubapaan, Ujian Psikometri, Sistem Pembelajaran Online (online.tutor.com.my), Forum Perdana, Edutainment yang akan diterajui oleh selebriti istimewa dan sebagainya.

Nilai sebenar seminar iPAC

Seminar 2 hari Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah = RM300
Seminar 2 hari Dr Haji Tengku Asmadi = RM300
Kos pakej Tutor Online setahun (untuk pakej VIP899 sahaja) = RM150
Ujian psikometri = RM75
Edutainment = RM350

TETAPI ANDA TIDAK PERLU MEMBAYAR RM1,175!!!

Namun, kami ingin tawarkan kepada anda harga istimewa seperti berikut:-



Pakej VIP

Pakej VIP


 


Pakej VIP RM299
  • Mendapat 1 tiket cabutan bertuah bagi memenangi hadiah lumayan dan hadiah lainnya.
  • Tawaran dengan harga diskaun untuk akses ke program e-pembelajaran Tutor Online.
  • Ujian psikometri bernilai RM75.
  • Nota dan bahan seminar.
  • Sijil penyertaan.



 

Ke pakej harga

 



Pakej VIP RM 899
  • Tempat duduk khas VVIP.
  • Mendapat 3 tiket cabutan bertuah bagi memenangi hadiah lumayan dan hadiah lainnya.
  • Akses percuma ke program e-pembelajaran Tutor Online untuk setahun bernilai RM150.
  • Ujian psikometri bernilai RM75.
  • Menyertai satu seminar yang dianjurkan oleh Dr Haji Tengku Asmadi atau Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah.
  • Nota dan bahan seminar.
  • Sijil penyertaan.

 


Ke pakej harga

 


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda!

By A Web Design

 

 

 

Maklumat di sini masih belum memuaskan anda? Anda mahu tahu lebih lanjut tentang Seminar iPAC?

 

Ikuti kami di laman sosial

  • iPAC

    Testing 1 2 3

  • iPAC

    Mulai esok pendaftaran dengan muat turun dan cetak borang dan bayaran perlu dibuat menerusi kaunter CIMB. Butiran di www.ipac.my

  • iPAC

    Tepat jam 12 malam ini, pendaftaran dalam talian akan ditutup, jika belum lagi mendaftar maka disarankan buat sekarang.

Powered by: